Sunday, November 15, 2009

Kementerian Pengajian Tinggi


Pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga mengalu-alukan sumbangan Syarikat Percetakan Saufi untuk membekalkan Al-Qur'an Mushaf Rasm Uthmani di bawah Skim Wakaf Al-Qur'an kepada semua universiti di seluruh negara.

Saturday, November 14, 2009

Kebenaran Membekal dan Melupuskan Al-Qur'an


Syarikat Percetakan Saufi telah diberi kebenaran oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk membekal Al-Qur'an Mushaf Rasm Uthmani ke seluruh masjid di negeri Selangor Darul Ehsan.

Di samping itu, JAIS juga membenarkan Syarikat Percetakan Saufi mengumpul dan melupuskan Al-Qur'an lama serta ayat-ayat suci yang usang, terkoyak, tersalah cetak dan sebagainya mengikut prosedur dan syariat Islam.

Kepada para pentadbir masjid-masjid di seluruh Selangor, mohon hubungi Syarikat Percetakan Saufi untuk tujuan di atas.

Friday, November 13, 2009

Bahagian Pendidikan Islam


Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia telah merestui Syarikat Percetakan Saufi untuk membekal dan memulihara ayat-ayat suci di Sekolah-sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama Seluruh Malaysia. Kepada pihak-pihak berkenaan terutama di sekolah-sekolah yang bercadang untuk mendapatkan naskhah al-Qur'an Mushaf Rasm Uthmani dan memulihara serta melupuskan ayat-ayat suci yang terdapat pada buku-buku teks dan buku kerja bolehlah berhubung dengan pihak kami.

Thursday, November 12, 2009

Al-Qur'an Mushaf Rasm Uthmani?

Masihkan terdapat Al-Quran yang tersalah cetak dan bukan Mushaf Rasm Uthmani dijual di negara kita secara tidak sah? Mungkin berita pada 12 November 2009  ini boleh kita ambil iktibar.

Meskipun Kementerian Dalam Negeri senantiasa memantau kemasukan naskhah Al-Qur'an dari negara jiran, namun masih terdapat kegiatan membawa masuk Al-Qur'an yang tidak mengikut prosedur.

Ini yang menyebabkan banyaknya Al-Qur'an yang tersalah cetak dan bukan bermushaf Rasm Uthmani dijual di kedai-kedai dan di pasar-pasar malam. Adakah limpahan ini sebab pasaran naskhah Al-Qur'an tinggi di negara kita?

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Datuk Ahmad Fuad Ab. Aziz menyatakan masih ada banyak kes kesilapan percetakan Al-Qur'an dilaporkan di beberapa negeri di Malaysia. Setakat Oktober 2009, KDN merekodkan sebanyak 112 kes dan tindakan telah pun diambil ke tasa mereka yang terbabit.

Wednesday, November 11, 2009

Keistimewaan Wakaf Sebagai Ibadah


Umum mengetahui bahawa sabda Rasulullah SAW , “Apabila anak Adam meninggal maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya” (HR. Muslim).

Imam Nawawi dalam kitabnya, Syarh Shahih Muslim menjelaskan, yang dimaksud dengan sedekah jariah adalah wakaf. Sedangkan yang dimaksud wakaf adalah menahan harta dan membahagikan (memanfaatkan) hasilnya.

Justeru, wakaf mempunyai darjat khusus, karena ia mempunyai manfaat yang besar bagi kemajuan umat. Oleh yang demikian sewajarnyalah pahala berwakaf disamakan dengan ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan orang tuanya. Itulah keistimewaan wakaf, yang tidak dimiliki amal ibadah lain.

Dalam pandangan agama, wakaf adalah bentuk amal jariah yang pahalanya akan terus mengalir hingga akhirat, meskipun orangnya telah tiada di dunia.

Tuesday, November 10, 2009

Rukun Wakaf

Terdapat empat (4) rukun yang mesti dipenuhi dalam berwakaf:
Pertama, orang yang berwakaf (al-waqif). 
Kedua, benda (harta) yang diwakafkan (al-mauquf). 
Ketiga, orang yang menerima manfaat wakaf (al-mauquf ‘alaihi). 
Keempat, lafaz atau ikrar wakaf (sighah). 
(bersambung...)







Monday, November 9, 2009

Sumbangan Amal Jariah


Skim Al-Qur'an Wakaf Malaysia memohon sumbangan RM30.00 untuk naskhah Mushaf Rasm Uthmani supaya dapat diedarkan kepada pihak-pihak yang memerlukan seperti Rumah Anak-anak Yatim, Maahad Tahfiz, Rumah Kebajikan, Masjid, Surau serta sekolah Agama.

Percetakan Saufi juga menjual naskhah Al-Qur'an Mushaf Rasm Uthmani kepada orang ramai dengan harga RM45.00.

Sumbangan anda sama ada dalam bentuk wang tunai atau cek hendaklah didepositkan ke akaun: Maybank 5640-9820-6424, atau hubungi: 019-367-8067; 019-337-6159. Segala sumbangan terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih, semoga amalan jariah anda diterima Allah SWT.

Sunday, November 8, 2009

Mushaf Rasm Uthmani Edisi Wakaf



Percetakan Saufi menyediakan   lima (5) warna menarik naskhah Al-Qur'an Mushaf Rasm Uthmani untuk diwakafkan. Selain untuk jualan biasa yang berharga RM45.00, syarikat ini juga telah mewujudkan skim Al-Qur'an Wakaf kepada orang ramai untuk melaksanakan amal jariah. Bagi Naskhah Wakaf, harganya ialah RM30.00 senaskhah.

Harga : RM45.00 (Naskhah Jualan)
Harga : RM30.00 (Naskhah Wakaf)






Saturday, November 7, 2009

Pembiayaan Al-Qur'an Secara Wakaf


Penggantian semula setiap naskhah al-Qur'an lama yang rosak, lusuh, terkoyak dan tersalah cetak yang bukan Mushaf Rasm Uthmani yang terkumpul untuk dilupuskan bolehlah menghubungi Syarikat Percetakan Saufi.

Sementara pembiayaan naskhah al-Qur'an PERCUMA adalah melalui sumbangan ikhlas dalam bentuk wakaf dan bergantung kepada jumlah naskhah wakaf yang tersedia. Oleh yang demikian dengan segala rendah diri kami memohon sumbangan berbentuk derma daripada Agensi-agensi Kerajaan, Syarikat-syarikat Swasta, para Dermawan dan orang ramai dengan menyertai skim al-Quran Wakaf untuk diwakafkan kepada pihak-pihak yang memerlukan.

Segala sumbangan dan wakaf sebanyak RM30.00 bagi setiap naskhah al-Quran Mushaf Rasm Uthmani hendaklah dimasukkan ke dalam akaun MAYBANK 5640-9820-6424. Mohon hubungi pihak kami setelah pembayaran dibuat: 019-367-8067 (ALI), 019-337-6159 (RAHMAT). Di atas sumbangan tersebut pihak kami terlebih dahulu mengucapkan berbanyak terima kasih. Semoga amal jariah yang dihulurkan diterima Allah SWT.

Friday, November 6, 2009

Al-Qur'an Mushaf Rasm Uthmani

USAHA untuk menggantikan semula setiap kitab suci Al-Qur'an yang dikutip dan dilupuskan dengan naskhah baru Al-Qur'an Mushaf Rasm Uthmani secara PERCUMA akan dilakukan melalui pembiayaan Skim Wakaf Al-Qur'an yang dianjurkan oleh Syarikat Percetakan Saufi dengan kerjasama pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan. Dalam erti kata lain, setiap naskhah Al-Qur'an terlupus insyaAllah akan diganti semula dengan naskhah baru.

Syarikat Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan bumiputera Islam yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Qur'an, Kementerian Dalam Negeri melalui surat kebenaran dengan rujukan: (KDN: PPQ/Q. 1001/2. 2/Q/158/2007). 

Syarikat Percetakan Saufi juga bersedia menerima dan mengambil semua Al-Qur'an lama bukan Mushaf Rasm Uthmani yang lusuh, buruk,terkoyak dan tersalah cetak,  ayat-ayat suci yang terbiar dan buku-buku teks agama usang bagi tujuan pelupusan mengikut kaedah pelupusan secara pembakaran selaras dengan keputusan ‘Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-30’ yang bersidang pada 22hb Ogos 1992.

Kitab suci Al-Qur'an Rasm Uthmani ini telah dilajnah oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Qur'an, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah diurus cetak oleh Percetakan Saufi di Lubnan melalui syarikat yang berpejabat di Damsyik, Syria serta mengambil kira bahawa kerja-kerja percetakan dan kekemasan naskhah kitab suci Al-Qur'an tersebut dilaksanakan mengikut piawaian dan garis panduan syariat.

Thursday, November 5, 2009

Bersama Menjaga Kehormatan dan Kemuliaan Al-Qur'an


Penerbitan serta percetakan, pengedaran dan penjualan naskhah Al-Qur'an di Malaysia tertakluk kepada kelulusan Kementerian Dalam Negeri di bawah Akta Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Al-Qur'an 326.

Berdasarkan pemerhatian terdapat banyak naskhah Al-Qur'an dijual dan diedarkan di pasaran tidak mendapat kelulusan dan mengikut piawaian daripada Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Qur'an dan bertentangan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-30, Kementerian Dalam Negeri.

Keadaan lebih tidak terkawal apabila terdapat naskhah-naskhah Al-Qur'an yang sudah terlalu lama dan berkeadaan usang, terkoyak dan sebagainya masih disimpan dan terus dibaca oleh umat Islam sama ada di rumah-rumah, madrasah, masjid dan sebagainya.

Sehubungan ini, keputusan 'Panel Kajian Syariah Jabatan Mufti Negeri Selangor' yang bersidang pada 3 – 4 April 2002 pula menjelaskan bahawa bagi menjaga kehormatan, kemuliaan ayat-ayat suci Al-Qur'an maka usaha untuk mengumpul, mengutip dan seterusnya melupuskan dengan cara yang dibenarkan adalah satu tindakan yang betul dan patut dipuji.

Wednesday, November 4, 2009

Kaedah Memulihara Ayat-ayat Suci Al-Qur'an

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-30 yang bersidang pada 22hb Ogos 1992, memutuskan bahawa:

(i) “Al-Qur'an yang rosak, koyak, yang tidak boleh dibaca dan BUKAN Rasm Uthmani HENDAKLAH DILUPUSKAN;

(ii) Kaedah pelupusan hendaklah dibakar di tempat yang dikawal dan ditanam di tempat yang dikawal selia oleh pegawai Jabatan Agama atau pihak yang melupuskan bahan-bahan tersebut;

(iii) Bahan yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Qur'an yang dibakar hendaklah menyeluruh tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak dibakar;

(iv) Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Qur'an yang telah dibakar hendaklah dipastikan dan dikumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah; dan

(v) Bahan-bahan yang telah dibakar hendaklah ditanam pada tempat yang bersih ATAU tempat-tempat yang tidak dilalui orang ATAU dibuang ke dalam laut/sungai yang mengalir airnya.

Tuesday, November 3, 2009

Bacalah Al-Qur'an

Membaca al-Qur'an dan mentadabburinya, mendalami isinya dan merenungi kandungan ayat-ayatnya merupakan perkara yang dapat dijadikan cara untuk meraih kebahagiaan dan kelapangan hati. Allah menyifati kitabNya ini sebagai petunjuk, cahaya dan penawar penyakit atas semua yang ada di dalam dada. Di samping itu Allah juga menyifatinya sebagai rahmat (Jangan Bersedih, 290)

Photobucket

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku,
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
Yang mengajarkan manusia melalui pena dan tulisan,
Yang mengajar manusia apa yang tidak diketahunya...

Monday, November 2, 2009

Perbuatan Baik Melalui Kerja Kebajikan

WAKAF merupakan sebahagian daripada bentuk amal jariah yang ganjaran pahalanya akan terus menerus berlaku hingga wakafnya berakhir atau musnah, walaupun pewakaf itu telah meninggal dunia. Hukum mewakafkan harta adalah sunat kerana ia merupakan perbuatan yang baik daripada kerja kebajikan yang sangat dituntut. Abu Hurairah menjelaskan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:

"Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah pahala amalannya kecuali TIGA perkara iaitu sedekah jariah ATAU ilmu yang dimanfaat dengannya ATAU anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya." (riwayat Muslim).